Skip to main content

Posts

KHASIAT DAN FADHILAT YASSIN 7 MUBIN

Al-Quran merupakan petunjuk dan ubat bagi mereka yang benar-benar yakin dan beriman dengannya. Tidak semua ilmu al-Quran ini dikuasai oleh seseorang. Tetapi mendalami ilmu-ilmu al-Quran akan dapat meningkatkan lagi kekuatan iman seseorang. Al-Quran adalah mukjizat. Ia juga  mengandungi pelbagai hikmah  yang hanya  diketahui secara keseluruhannya oleh Yang Maha Pencipta. Sesiapa yang Allah kurniakan sebahagian hikmah ini kepadanya maka dia telah dibekalkan dengan bekalan yang terbaik. “Bacaan al-Quran adalah suatu ibadah. Setiap huruf akan diganjarkan dengan  10 kebajikan . Bukannya Alif Lam Mim (الم) itu satu huruf kata Nabi SAW, tetapi Alif itu satu huruf, Lam itu satu huruf dan Mim itu satu huruf.  Surah Yaasin pula diganjarkan sebagaimana yang diniatkan oleh pembacanya.”  (al-Hadith). . Bacaan Surah Yasin tidak tertakluk pada malam Jumaat sahaja. Bila-bila masa pun boleh dibaca sekiranya inginkan pada pahala dan berkahnya, apatah lagi jika ada sesuatu permasalahan, kesusa
Recent posts

AYAT PEMBATAL SIHIR

☞   Surah Yunus ☞   Ayat 81 - 82

Pengenalan Perubatan Islam

Pengenalan Istilah perubatan Islam sekarang amat kerap digunakan. Masalahnya tidak semua perubatan Islam itu selari dengan syariat Islam itu sendiri. Malah yang lebih buruk ialah apabila pengamal perubatan Islam palsu itu lebih menjurus ke arah perbuatan syirik. Oleh itu amat penting bagi kita untuk memahami erti sebenar Perubatan Islam agar kita tidak terlibat dengan perbuatan syirik. Diantara perkara yang boleh membawa pengamal perubatan Islam palsu & pesakit menghampiri perbuatan syirik ialah apabila mereka meminta bantuan jin. Perubatan Islam yang sebenar perlu selari dengan syariat Islam dan bersumberkan kepada sunnah Rasulullah. Selain daripada itu amalan para sahabat serta amalan para salafus shalih dari golongan salaf & kalaf juga boleh dijadikan rujukan. Kaedah Perubatan Islam Selain penggunaan ayat-ayat al-Quran terdapat beberapa kaedah yang tambahan yang digunakan bersama dengan ayat-ayat Al-Quran. Diantaranya meminum air yang telah dibacakan doa, sapuan, ma